ADALAH BERIKUT, Syarikat terlibat dalam menjalankan perniagaan pembelian makanan secara atas talian dari pelbagai restoran dan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan bagi perkhidmatan pesanan makanan atas talian ZELDADELIVERY.COM. 

ADALAH BERIKUT, Restoran atas persetujuan berminat untuk terlibat dan bekerjasama dengan Syarikat bagi menyediakan menu makanan bagi perkhidmatan pesanan makanan atas talian dan akan berubah jika perlu dan dari masa ke semasa.

DAN OLEH ITU, atas dasar bagi mencapai persetujuan kedua pihak. Perjanjian ini mengandungi butir – butir yang telah di pertimbangkan untuk menjaga kebaikkan kedua pihak dan perlu dipersetujui oelh kedua pihak seperti berikut:


1. Tempoh 

Perjanjian ini akan berkuat kuasa mengikat perjanjian antara kedua pihak selama ___________ (Bilangan Bulan/Tahun) yang efektif bermula dari tarikh persetujuan. 

2. Perkhidmatan kepada Syarikat

Syarikat akan menerima dan merekod pesanan makanan daripada pelanggan Dua Puluh-Empat (24) jam sehari dan tujuh (7) hari seminggu melalui sistem pesanan atas talian. Pengambilan dan Penghantaran pesanan hanya tersedia semasa waktu perniagaan biasa Restoran. 

3. Perkhidmatan Dilakukan oleh Restoran 

Sebaik pesanan diterima dari pelanggan untuk makanan dari menu, Syarikat serta merta akan menyampaikan pesanan ke pada Restoran melalui Email atau Pesanan Ringkas. Pesanan akan di sertakan sekali dengan alamat yang perlu dihantar. Restoran akan menerima pesanan makanan dari Syarikat dan makanan akan disediakan seperti yang dipesan. Makanan perlu di bungkus oleh Restoran menggunakan bekas yang bersesuaian untuk pesan-balik dan penghantaran kepada pelanggan akan dilakukan pada waktu yang ditetapkan oleh Syarikat. 

4. Tugas dan Kewajiipan. 

a. Syarikat bertanggungjawab menguruskan dan memberi maklum balas kepada apa-apa permintaan dan aduan dari pelanggan. Siasatan lanjut akan dilakukan bagi setiap masalah atau kesilapan yang berlaku dari segi pesanan, penyediaan makanan atau penghantaran. Jika kecuaian berpunca dari Restoran pihak Syarikat berhak mengenakan ganti rugi kepada Restoran dan sebaliknya, jika kecuaian berpunca dari pekerja Syarikat atau masalah dari system atas talian, Restoran atau pelanggan akan diberi ganti rugi sepatutnya. Kedua pihak perlu menyediakan laporan berkaitan masalah atau kecuaian untuk rujukan masing-masing. 

b. Sepanjang tempoh perjanjian ini, Syarikat akan mempromosikan perkhidmatan penghantaran menu dalam laman sesawang dan ini sekaligus akan mempromosikan segala berkaitan Restoran termasuk Menu, jenama Restoran dan trademark Restoran yang tersenarai dalam laman sesawang Syarikat. Ditekankan bagi segala aktiviti promosi dan bahan promosi melibatkan Restoran tidak bermaksud Syarikat adalah rakan kongsi atau usaha sama dengan Restoran. 

5. Jenama, Trademark dan Logo

Sepanjang perjanjian ini syarikat berhak menggunakan jenama, trademark, logo dan lain-lain cap dagang komersial Restoran bagi tujuan promosi dan pengiklanan dalam laman sesawang Syarikat. Segala yang tersebut juga berhak digunakan oleh Syarikat bagi aktiviti berkaitan di luar laman sesawang selagi tidak menyalahi undang-undang dan akta perniagaan. Restoran juga boleh mempamerkan atau mempromosi jenama,trademark dan logo Sarikat di premis perniagaan Restoran. 

6. Caj Perkhidmatan Syarikat

Sepanjang tempoh perjanjian Syarikat akan menyediakan perkhidmatan portal atas talian dan penghantaran makanan dari Restoran kepada pelanggan. Bagi perkhidmatan ini Syarikat akan mengenakan caj komisen sebanyak Sepuluh (10) peratus dari jumlah harga pesanan pelanggan. 

7. Pembayaran

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Syarikat akan membayar pesanan mereka melalui cara transaksi atas talian (caj ke kad kredit/debit) terus ke akaun Syarikat atau tunai semasa terima pesanan. Jumlah bayaran ke Restoran akan direkodkan oleh Syarikat dan total pembayaran akan dijumlahkan setiap hari terakhir dalam minggu tersebut. Jumlah kasar akan ditolak dengan caj komisen Syarikat dan jumlah bersih selepas komisen akan di bayar kepada Restoran terus ke akaun Restoran dalam tempoh Tiga (3) hari dari hari terakhir. 

8. Pembatalan Perjanjian

Perjanjian ini berkuatkuasa bermula dari tarikh Kuatkuasa dan boleh di batalkan atas dasar persefahaman antara kedua pihak dengan membuat notis pembatalan dari pihak yang ingin berbuat demikian. Tempoh notis pembatalan minima selama satu (1) bulan bagi memberi masa kepada kedua pihak menyelesaikan segala perkara yang berkaitan seperti bayaran, aduan, kemas kini butiran Restoran di laman sesawang Syarikat dan tempoh hebahan kepada pelanggan. 

9.Perubahan Syarat

Segala perubahan syarat dalam perjanjian boleh di ubah oleh kedua pihak melalui surat bertulis.

Subscribe to our newsletter